Skip to content

Pek Bahasa BetterMalay ‐ Log Perubahan

NuruddinPlays edited this page Sep 28, 2024 · 6 revisions

v1.2 (31/8/2024) [1.6 - 1.21]

  • Banyak ralat dalam fail bahasa telah diperbaiki, yang bermaksud bahawa fail-fail harus seharusnya telah berfungsi semula
  • Pek telah dikemas kini untuk menyokong 1.21
  • Ikon pek untuk 1.20.x-1.21.x telah dikemas kini untuk mencerminkan kemas kini 1.21, dengan beberapa aspek kemas kini 1.20 masih terlihat
  • Beberapa teks tampilan telah dikemas kini

v1.1 (1/5/2024) [1.6 - 1.20]

  • Terbitan pertama bagi tahun 2024!
  • Penyenaraian versi untuk versi Minecraft berikut telah dipermudahkan; seiring dengan pemudahan yang berlaku dengan projek JawiCraft
  • Pek 1.6 & 1.7-1.8 telah digabungkan menjadi pek 1.6-1.8; pek 1.13-1.14, 1.15-1.16 dan 1.17-1.19 semuanya telah digabungkan menjadi satu pek 1.13-1.19 tunggal
    • Ikon pek sumber telah dikemas kini untuk pek 1.13-1.19, dengan penampilan kameo daripada EmpAhmadK, yang banyak membantu semasa pembangunan JawiCraft!
  • Ini dilakukan untuk memudahkan proses pengemaskinian pada masa hadapan, terutamanya apabila mengira pek pra-1.13
  • Apabila memuatkan pek dalam versi 1.13-1.18, abaikan amaran yang diberikan, kerana ia sepatutnya tetap boleh digunakan
  • Banyak terjemahan yang dikemas kini, yang boleh dilihat sepenuhnya di sini
  • Diperbaiki beberapa terjemahan Rumi (dan Jawi) yang tidak sempat ditambahkan ke dalam 1.20.5
  • Dibawa beberapa terjemahan dan pembaikan Hamzah Tiga Suku daripada JawiCraft untuk terjemahan Jawi (1.19+ sahaja)
  • Untuk mendapatkan pengalaman Jawi sepenuhnya dalam versi sebelum 1.19, muat turun pek penuh dan gunakannya di atas pek BetterMalay dalam senarai pek sumber (atau di bawah jika anda tidak mahu menggunakan teks percikan Jawi)
  • Diperbaiki beberapa kesilapan ejaan dalam terjemahan

v1.0 (15/12/2023) [1.6 - 1.20]

  • Terbitan Pertama!
  • Terjemahan versi 1.13+ adalah berdasarkan terjemahan versi 1.20.x
  • Terjemahan versi terjemahan telah dibawa kepada versi pra-1.13
  • Menambah terjemahan Bahasa Melayu bagi End Poem, teks tampilan dan nama jawatan pekerjaan dalam penghargaan
    • Terjemahan asal diambil daripada projek MCSplahes, oleh SmajloSlovakian
  • Menukar logo sari kata "Java Edition" kepada "Edisi Java"
  • Memperbaiki beberapa nama lukisan yang tidak diterjemahkan (1.19.3+)
  • Menambah terjemahan eksklusif untuk Combat Test 8c (1.16.2)
  • Menyah-Jawi-kan teks "Hak Cipta Mojang AB" untuk zlm_arab, disebabkan isu penjajaran yang menyebabkan beberapa aksara dipaparkan di luar sempadan skrin (1.20.2+)
  • Teks tampilan tambahan diambil daripada senarai teks tampilan Pek Bahasa JawiCraft
  • Menambahkan penghargaan pek di dalam permainan dan sebagai fail teks dalam setiap fail zip

Wiki Rasmi Minecraft: Edisi Melayu

Versi GitHub Wiki untuk wiki ini sudah tidak lagi digunakan, untuk kegunaan akan datang, gunakan versi GitBook

[Kandungan]

Umum

Pek Sumber

Log Perubahan

Wiki ini dalam bahasa lain

Clone this wiki locally